Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 09 Disember, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-12-09T03:28:57

Analisis Teknikal Emas untuk 09 Disember, 2014

Dolar yang melemah telah menolak emas di atas harga $ 1,200.00 dan berjaya menutup di atas tahap ini. Emas masih didagangkan dalam julat harga yang sempit dan berlegar di sekitar harga $ 1,200.00. Kita boleh memerhatikan corak flag pada carta harian dan setiap jam. Untuk gambaran yang spekulatif, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah harga $ 1,199.00 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap $ 1,195.00 dan $ 1,191.00. Tekanan jualan akan mendorong emas sekiranya emas jatuh di bawah harga $ 1,191.00 ke arah $ 1,186.00 dan juga 20Dsma. Komoditi ini telah menghadapi rintangan yang kuat pada garisan aliran menurun dalam carta harian. Penutupan harian di atas tahap ini telah membawa harga meningkat ke arah tahap $ 1,230.00. Dalam kes ini, jika harga menutup di atas tahap $ 1,212.00, kita boleh menjangkakan penembusan harga ke tahap $ 1,230.00 dalam tempoh terdekat ini. Walau bagaimanapun, para pedagang harus ambil perhatian bahawa gambaran lengkap masih berpihak kepada cadangan menjual semasa kenaikkan harga. Dolar AS yang lebih kukuh akan mendorong aliran harga emas. Gambaran jangka panjang masih memihak kepada pesanan menjual.

Analisis Teknikal Emas untuk 09 Disember, 2014
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...