Berdasarkan pada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat masih terus berjuang menentang tekanan aliran menurun dan satu percubaan pengukuhan aliran menaik di atas tahap sokongan 1.5642. Dalam kawasan ini, pasangan mata wang GBP/USD ini berpotensi untuk melonjak semula ke rintangan yang terletak pada tahap 1.5746 untuk gambaran baru dan kesinambungan aliran menurun secara keseluruhan, kerana pasangan ini masih kekal didagangkan di bawah purata pergerakkan 200-hari.
Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5746 / 1.5883
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5642 / 1.5506

Merujuk pada gambaran urusniaga harian pula, pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang cuba untuk membentuk corak aliran menaik diatas purata pergerakkan 200-hari, sebagaimana sokongan yang terletak pada tahap 1.5632 telah mengukuh pada beberapa jam yang terakhir, mendorong pasangan ini untuk melantun dalam kecenderungan aliran menaik. Jika pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap 1.5686, maka sasaran seterusnya adalah pada tahap rintangan 1.5739, yang akan membatalkan aliran penurunan harga sepanjang minggu.
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5590 / 1.5632
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5534 / 1.5501

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5632, take profit di tahap 1.5590, dan stop loss pada tahap 1.5672.