Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 10 Disember, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-12-10T04:22:35

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 10 Disember, 2014

KESAN KE ATAS PASANGAN MATA WANG USD-



Keputusan yang tidak dijangka daripada kerajaan Yunani telah memberikan impak yang besar terhadap mata wang USD, aliran penurunan harga. Para pelabur menjangkakan bahawa kemenangan mungkin berpihak ke parti pembangkang yang mahu mengubah suai bailout.


KESAN KE ATAS PASANGAN MATA WANG GBP-


Data UK sekali lagi telah mengecewakan para penganalisis. Jumlah keseluruhan pengeluaran dianggarkan telah meningkat sebanyak 1.1% antara Oktober 2013 dan Oktober 2014. Jumlah pengeluaran pada Oktober 2014 dianggarkan telah menguncup sebanyak 0.1% berbanding bulan September 2014. Sektor pembuatan mnerupakan satu daripada empat komponen utama yang mencatatkan bacaan negatif, iaitu penurunan sebanyak 0.7%.


GAMBARAN TEKNIKAL


Mata wang Pound merekodkan sedikit kenaikkan pada sesi dagangan yang lalu, walau bagaimanapun ia gagal untuk menutup di atas 20Dsma. Pasangan ini mempunyai rintangan urusniaga harian yang terletak pada tahap 1.5726 dan 1.5764 dan rintangan mingguan terletak pada tahap 1.5826. Rintangan setiap jam didapati terletak pada tahap 1.5686 dan 1.5726. Manakala, sokongan pula dilihat berada di antara tahap 1.5660 dan 1.5650 pada carta setiap jam. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli urusniaga harian baru di atas tahap 1.5726 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.5764 dan 1.5800. Kami mengesyorkan jualan urusniaga harian di bawah tahap 1.5650 dengan sasaran paling hampir terletak ditahap 1.5630, 1.5615, 1.5600, dan 1.5550. Di bawah tahap 1.5620, kita akan dapat melihat tekanan jualan yang kuat. Setiap jam (1H dan 4H) stokastik menunjukkan mod jualan.


Analisis Teknikal GBP/USD untuk 10 Disember, 2014 0
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...