Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 11 Disember, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-12-11T03:46:20

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 11 Disember, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 11 Disember, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik selepas harga melonjak ke tahap tinggi enam hari pada 0.7831 semalam ekoran keputusan yang telah diambil oleh Bank Rizab New Zealand untuk mengekalkan kadar tunai rasmi pada 3.5%. Pasangan NZD/USD melonjak naik sebagaimana RBNZ dengan tidak disangka-sangka mengesahkan pengetatan dalam kenyataan dasarnya selepas penurunan rujukan untuk kenaikan kadar pada bulan Oktober, BNP Paribas memaklumkan. Pasangan mata wang NZD/USD ini juga telah disokong oleh penularan kelemahan dolar dan permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah. Wlaau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh penghindaran risiko pelabur yang semakin meningkat dan harga komoditi yang melemah.


Ulasan Teknikal:

Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, bagaimanapun Stokastik kini telah beralih kepada aliran menaik di wilayah 'oversold'.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7860 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.79. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7660. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7610. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7730.

Tahap Rintangan:
0.7860
0.79
0.7945

Tahap Sokongan:
0.7660
0.7610
0.7565

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...