
Rumusan Teknikal:
Sokongan yang terletak pada tahap 1.6028 telah ditembusi dengan sempurna untuk sasaran yang berikutnya pada garisan rintangan. Seperti yang dijangka, harga menembusi untuk melanjutkan aliran ke tahap yang lebih tinggi ke arah 1.6273, walau bagaimanapun, tiba-tiba berhampiran pada tahap 1.6200 harga telah menembusi dan kemudianya menjunam ke tahap rendah. Haruskah kita berasa takut? Apabila harga jatuh menjunam seperti ini, kita perlu sentiasa berhati-hati, tetapi kami menganggap penurunan ini sebagai gelombang ii dan akan mencari gelombang iii yang lebih tinggi sekurang-kurangnya ke tahap 1.6526, di mana gelombang iii merupakan 161.8% gelombang i. Bagi dagangan jangka masa pendek, hanya penembusan harga di bawah tahap 1.5789 akan membatalkan prospek kenaikan harga.
Cadangan Perdagangan:
Stop loss kami yang terletak pada tahap 1.6010telah ditembusi untuk keuntungan. Kami akan mengambil pesanan membeli EUR sekali lagi pada tahap 1.5915 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.5984 dengan menetapkan stop loss di tahap 1.5775.