KESAN TERHADAP MATA WANG USD-
Hari ini, tumpuan peserta pasaran telah beralih kepada laporan PPI, teras IHPR dan juga sentimen Pengguna Prelim Universiti Michiga. Semalam, data ekonomi yang positif telah mendorong kenaikkan dalam ekonomi. Pada minggu yang berakhir 6 Disember, bacaan awal untuk tuntutan awal diselaraskan mengikut musim mencatatkan sebanyak 294,000, penurunan sebanyak 3,000 daripada bacaan tidak disemak minggu lalu, iaitu 297.000. Purata pergerakkan 4 minggu mencatatkan 299,250, peningkatan sebanyak 250 daripada purata tidak disemak minggu sebelumnya iaitu 299,000, menurut sumber daripada DOL. Jualan runcit meningkat sebanyak 0.7 peratus pada bulan November yang menunjukkan pertumbuhan maksimum dalam tempoh lapan bulan. Harga minyak mentah yang lebih rendah telah menjejaskan data jualan runcit dengan teruk.
KESAN TERHADAP MATA WANG CAD-
Indeks harga perumahan baru Kanda meningkat sebanyak 0.1% pada bulan Oktober, berikutan peningkatan yang selari pada bulan September.
GAMBARAN TEKNIKAL
Pasangan mata wang ini telah membatalkan pembentukan 'double top' dan membuat penutupan yang kuat pada sesi dagangan semalam. Hari ini, pasangan mata wang ini telah memulakan dagangan dengan kecenderungan aliran menaik, walau bagaimanapun pasangan gagal untuk menembusi tahap tinggi sebelum ini yang terletak pada tahap 1.1549. Setakat ini, pasangan mata wang ini telah membuat tahap tinggi pada 1.1548. Kami telah mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah dengan sasaran ditetapkan pada tahap1.1570, 1.1640, dan 1.1740, masing-masing. Kami masih mengesyorkan strategi perdagangan yang sama kepada para pedagang. Hari ini, aliran kenaikkan harga berpotensi untuk memegang keuntungan di atas 1.1476. Dalam kes ini, jika harga menutup di atas tahap 1.1502 pada carta harian, maka ia berpotensi untuk menguji pada tahap 1.1540, 1.1565, dan 1.1575 dalam tempoh yang terdekat. Pada sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini dilihat telah memenuhi kriteria dan mencapai tahap 1.1540. Sekali lagi, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli baru di atas tahap 1.1550 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.1565, 1.1575, dan 1.1590. Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 1.1500. Merujuk pada carta 4H, pasangan mata wang ini telah membuat ayunan menaik bagi membolehkan harga menembusi simetri segitiga 145 pips dan penembusan harga pada segitiga menaik kecil 103. Kedua-dua penembusan segitiga ini mensasarkan harga pada tahap 1.1604.
