
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Emas kelihatan masih ditarik semula setelah harga menembusi pada tahap $ 1,235.00 lebih awal. Logam berharga ini masih berpotensi untuk jatuh ke tahap sokongan Fibonacci 0.618 yang terletak pada harga $ 1,180.00 sebelum harga bergerak ke tahap yang lebih tinggi lagi. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk memulakan kedudukan membeli disekitar harga $ 1,180.00 sewaktu pembalikan aliran menaik, risiko kekal ditetapkan pada harga $ 1,140.00/50.00. Sokongan serta-merta didapati terletak pada tahap $ 1,186.00, dan diikuti dengan tahap $ 1,142.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah lagi. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap $ 1,255.00 dan kemudianya tahap yang lebih tinggi, masing-masing. Aliran kenaikkan harga perlu terus mendominasi pasaran sehingga harga kekal didagangkan di atas tahap $ 1,140.00, perhatikan peluang untuk mengambil pesanan membeli pada tahap yang lebih rendah.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar buat masa ini. Perhatikan peluang untuk mengambil pesanan membeli lebih rendah disekitar harga $1,180.00 semasa pembalikan aliran menaik.
Semoga berjaya!