
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Emas kini sedang didagangkan pada tahap sub $ 1,200.00 setelah harga membuat rekod penembusan tahap tertinggi pada harga $ 1,222.00/23.00 semalam. Logam kuning ini masih berdagang berhampiran pada harga $ 1,270.00/80.00, yang mana ia ditakrifkan sebagai pembelian yang terbaik buat masa ini. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada harga $ 1,170.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,142.00, $ 1,130.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada harga $ 1,255.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi. Para pedagang disyorkan untuk memulakan kedudukan membeli berhampiran pada harga $ 1,170.00/80.00, risiko kekal di bawah tahap $ 1,140.00. Aliran menaik dijangkakan akan kekal mendominasi pasaran sehingga harga kekal didagangkan di atas taha[ $ 1,140.00. Penembusan harga pada tahap tersebut berkemungkinan akan menjadi aliran penurunan harga yang ekstrem sekaligus menolak harga bergerak ke tahap yang lebih rendah, iaitu pada harga $ 1,030.00/50.00.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar buat masa ini, dengan memerhatikan peluang untuk mengambil pesanan membeli berhampiran pada harga $1,170.00/80.00.
Semoga berjaya!