
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun setelah harga mencecah tahap tinggi hampir satu bulan rendah 0.9552 pada hari Selasa sebagaimana peserta pasaran kini sedang menanti keputusan kadar faedah FOMC AS. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dipengaruhi oleh sentimen dolar yang lebih melemah, limpahan daripada sentimen euro yang lebih kukuh pada mata wang franc dan aliran safe haven CHF meningkat di tengah-tengah penghindaran risiko. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah diganggu oleh penjualan mata wang franc sewaktu pasangan CHF/JPY dan dasar monetari yang ultra-longgar oleh Bank Negara Swiss.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik kini adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini berada dibawah MA 15 hari dan kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9675 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9720. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9550. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9520. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9585.
Tahap Rintangan:
0.9675
0.9720
0.9750
Tahap Sokongan:
0.9550
0.9520
0.95