
Gambaran
Daripada carta 4H kita boleh melihat logam sedang didagangkan diantara tahap sokongan pada 15.70 dan bawah tahap rintangan pada 16.00.Perak telah gagal untuk menembusi tahap rintangan semalam dan melantun daripadanya.Ia mengambil sedikit pergerakkan menurun dan ketika ini sedang menghampiri tahap sokongan pada 15.70 semula.Ketika ini,kami mencadangkan untuk menunggu bagi penutupan atas tahap rintangan pada 16.00 jika ia melantun daripada tahap sokongan untuk memberikan kita peluang baru bagi isyarat beli yang lebih dengan sasaran pertama beberapa pip bawah tahap rintangan pada 16.50.Selepas menembusi tahap rintangan,perak akan membuka jalan ke arah tahap rintangan pada 16.75,yang bermakna banyak isyarat menaik yang lain.
Tahap rintangan dan sokongan: R3 (16.75), R2 (16.50), R1 (16.00), S1 (15.70), S2 (15.40), S3 (15.00).