Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Disember, 2014.

parent
Analisis Forex:::2014-12-21T23:49:04

Analisis Harian Bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Disember, 2014.

EUR/USD: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menurun dan ia sepatutnya berterusan pada minggu ini. Daripada garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.2550, harga telah jatuh melebihi 300 pips, menutup di bawah garisan rintangan pada tahap 1.2250. Sasaran seterusnya bagi pasangan mata wang ini adalah penembusan pada garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.2200.

Analisis Harian Bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Disember, 2014.

USD/CHF: Pasangan mata wang ini didagangkandalam aliran menaik dan ia sepatutnya berterusan pada minggu ini. Daripada tahap sokonganyang terletak pada 0.9550, harga meningkat melebihi 280 pips, bergerak menghampiri ke garisan rintangan di tahap 0.9850. Tahap rintangan ini berkemungkinan akan ditembusi untuk aliran menaik, dan sasaran seterusnya yang akan ditembusi adalah rintangan pada tahap 0.9900.


Analisis Harian Bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Disember, 2014.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam pasaran yang sangat tidak menentu. Turun naik disebabkan oleh perjuangan di antara aliran menaik dan menurun, Walau bagaimanapun, aliran menurun telah mendominasi pasaran. Dengan kekuatan yang terdapat pada mata wang Dolar AS, harga berpotensi untuk mencabar wilayah pengumpulan yang terletak di tahap 1.5550.


Analisis Harian Bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Disember, 2014.

USD/JPY: Pasangan USD/JPY ini kelihatan telah berdagang dalam aliran menaik pada minggu lalu, berikutan aliran penurunan harga yang telah mendorong harga untuk bergerak di bawah tahap permintaan pada 116.00. Harga gagal untuk mengukuh di bawah tahap permintaan 116.00 - kerana ia menaik dengan curam di atas tahap permintaan 119.00. Pasaran bagi pasangan mata wang ini berkemungkinan akan meneruskan pergerakan menaik dan hasil daripada itu, harga berpotensi untuk mencapai tahap bekalan seterusnya pada 120.50.

Analisis Harian Bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Disember, 2014.

EUR/JPY: Instrumen perdagangan mata wang ini ditutup pada tahap 146.16 hari Jumaat, 19 Disember, 2014, pada tahap yang rendah. Harga sepatutnya didagangkan dalam aliran menaik seperti sesetengah pasangan JPY yang lain, walau bagaimanapun kelemahan pada mata wang EUR adalah terlalu banyak untuk membenarkannya. Hanya satu pergerakan di atas zon bekalan pada tahap 147.50 boleh menandakan pengakhiran prospek penurunan harga.

Analisis Harian Bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Disember, 2014.
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...