Huraian Umum untuk 01/06/2015 12:10 CET
Perkiraan impulsif telah terbatal sebagaimana harga dilihat telah menembusi pada tahap 143.18 dan membentuk satu lagi gelombang menurun. Ini bermakna bahawa pada jangka masa yang lebih besar, pasaran telah menembusi zon sokongan utama yang terletak diantara tahap 141.14-142.09. Kini terdapat hampir tiga aliran menurun yang sama di dalam kitaran pembetulan harga yang telah meningkatkan kebarangkalian untuk harga melantun, walau bagaimanapun untuk melakukan ini, pasaran harus menembusi di atas rintangan urusniaga harian yang berada pada tahap 143.18 dan kemudian mengisi jurang. Jika tidak, kecenderungan aliran bagi pasangan mata wang ini masih berpihak kepada aliran penurunan harga sebgaimana sokongan mingguan yang terletak pada tahap 140.54 berkemungkinan akan diuji sebelum sebarang lantunan harga yang ketara berlaku.
Sokongan/Rintangan:
140.54 - WS2
141.95 - WS1
141.36 - Sokongan Urusniaga Harian
143.18 - Rintangan Urusniaga Harian
144.10 - 144.42 - Jurang Zon
144.58 - Pangsi Mingguan
145.57 - Rintangan Teknikal
146.22 - WR1
Cadangan Perdagangan:
Daytraders dan swingtraders disarankan agar mengambil pesanan membeli daripada tahap pasaran semasa dengan menetapkan kedudukan SL di bawah tahap 140.54 dan TP pada tahap 144.42 dengan kesinambungan aliran harga yang berpotensi ke arah tahap 144.75.

