
Rumusan Teknikal:
Pasangan mata wang ini tidak pernah menghampiri tahap rintangan 1.5532 sebagaimana yang telah berlaku pada hari semalam. Kemudian tahap tinggi terletak pada 1.5470 sebelum seterusnya 'sell-off' yang seterusnya berlaku. Pasangan mata wang kelihatan hampir menguji sasaran yang terletak pada tahap 1.5205 (1.5253 telah menjadi tahap rendah hingga sekarang), tetapi kami menjangkakan rintangan berhampiran pada tahap 1.5353 untuk aliran penurunan harga yang seterusnya ke arah 1.5205. Sekiranya sokongan ini berjaya ditembusi dengan jelas oleh pasangan untuk aliran menurun, maka sasaran penurunan seterusnya yang berada pada tahap 1.5066. Dalam jangka masa panjang, kita akan melihat satu pergerakkan harga menghampiri ke tahap rendah Ogos 2012, iaitu pada tahap 1.4966.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah mengambil pesanan menjual EUR daripada tahap 1.5620 dan akan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.5400. Sebagaimana pasangan mata wang kini sedang menghampiri ke dasar sementara. para pedagang disarankan agar lebih berhati-hati, bagaimanapun jualan segera berhampiran pada tahap 1.5353 dengan kedudukan stop loss ditetapkan pada tahap 1.5400 dan take profit pada 1.5215 masih boleh diguna pakai.