
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun. Kadar harga bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah disokong oleh rayuan 'safe haven' yen yang bekurangan di tengah-tengah selera risiko pelabur yang bertambah baik dan permintaan dari pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini terjejas ekoran daripada sentimen EUR yang melemah dan jualan pengeksport Jepun.
Ulasan Teknikal:
Carta harian diihat berkecenderungan negatif sebagaimana indikator MACD adalah aliran menurun, pergerakan stokastik yang perlahan akan kekal disekat di wilayah terlebih jual, purata pergerakan lima dan 15 hari kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 179. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 177.10. Titik pangsi kekal berada pada tahap 181.70. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 183.65 dan sasaran kedua pada tahap 185.
Tahap Rintangan:
183.65
185
185.70
Tahap Sokongan:
179
177.10
176.65