Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 08 Januari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-01-08T07:17:54

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 08 Januari, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 08 Januari, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik setelah mencecah tahap tinggi empat tahun 1.0176 pada Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif; penularan kelemahan mata wang euro terhadap franc Switzerland dan dasar monetari ultra-longgar oleh Bank Negara Swiss. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah diganggu oleh permintaan mata wang franc sewaktu pasangan CHF/JPY mengukuh.

Ulasan Teknikal:
Carta harian kini dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah aliran menaik, Stokastik kekal tinggi pada tahap terlebih beli, purata pergerakan lima dan 15 hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan: 
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 1.0225 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 1.0255. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 1.0090. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 1.0030. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 1.0125.

Tahap Rintangan:
1.0225
1.0255
1.0275

Tahap Sokongan:
1.0090
1.0030
0.9985

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...