Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 15 Januari, 2014

parent
Analisis Forex:::2015-01-15T02:26:38

Analisis Harian GBP/USD untuk 15 Januari, 2014

Pasangan mata wang GBP/USD ini masih didagangkan dalam aliran menurun pada carta harian, meskipun pasangan ini terus membuat penarikan semula aliran menaik. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang GBP/USD ini diramalkan akan mempunyai rintangan yang kuat pada tahap 1.5266. Sekiranya pasangan ini berjaya membuat penarikan semula harga pada tahap tersebut, maka sasaran seterusnya akan terletak pada tahap sokongan 1.5159.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5266 / 1.5407

Tahap Sokongan Carta Harian : 1.5159 / 1.5015

Analisis Harian GBP/USD untuk 15 Januari, 2014



Merujuk pada carta 1H, pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang membentuk corak aliran menaik di atas purata pergerakkan 200-hari. Sementara itu, pasangan mata wang ini juga kelihatan telah bersedia untuk cuba mengukuh di atas rintangan yang terletak di tahap 1.5249. Walau bagaimanapun, sepertimana yang telah kami nyatakan sebelum ini, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat berpotensi untuk meneruskan semula kecenderungan aliran menurun dan jatuh ke tahap 1.5146. Indikator MACD kini sedang memasuki kawasan terlebih beli.


Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5249 / 1.5295

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5198 / 1.5146

Analisis Harian GBP/USD untuk 15 Januari, 2014

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5198, take profit di tahap 1.5146, dan stop loss pada tahap 1.5249.

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...