Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 21 Januari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-01-21T04:54:05

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 21 Januari, 2015

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 21 Januari, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang EUR/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh ramalan skala penuh untuk langkah-langkah pelonggaran kuantitatif daripada Bank Pusat Eropah pada mesyuarat yang dijadualkan akan berlangsung pada hari Khamis ini serta PPI Jerman bagi bulan Disember yang mencatatkan bacaan lebih rendah daripada jangkaan, iaitu -1.7% pada tahunan (berbanding ramalan -1.4%), secara umumnya, mata wang dolar yang semakin mengukuh dan juga kebimbangan peserta pasaran bahawa Greece akan keluar dari zon euro jika anti-penjimatan pihak sayap kiri Syriza memenangi pilihan raya snap pada hari Ahad, mengingkari program pembaharuan semula dan penjualan mata wang euro sewaktu pasangan EUR/GBP melemah. Walau bagaimanapun, sentimen EUR telah ditenangkan oleh kenaikan yang lebih kukuh daripada jangkaan dalam indikator sentimen ekonomi ZEW Jerman kepada 48.4 pada bulan Januari berbanding bulan Disember 34.9 (berbanding ramalan 40.3). Kemerosotan bagi pasangan mata wang EUR/USD ini juga diganggu oleh permintaan mata wang euro sewaktu pasangan EUR/JPY mengukuh tengah-tengah penghindaran risiko yang rendah dan sentimen yen yang melemah.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, stokastik kekal ditindas pada tahap terlebih jual, purata pergerakkan lima dan 15 hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 1.1515. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 1.1450. Titik pangsi kekal berada pada tahap 1.1665. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 1.1720 dan sasaran kedua pada 1.1795.

Tahap Rintangan:

1.1720
1.1795
1.1845 

Tahap Sokongan:
1.1515
1.1450
1.1415

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...