Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/USD untuk 22 Januari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-01-22T02:27:30

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 22 Januari, 2015

EUR/USD

Kesan ke atas EURO



Hari ini, tumpuan peserta pasaran elah beralih kepada peristiwa-peristiwa utama ekonomi seperti sidang akhbar ECB dan data Sepanyol. ECB dijangkakan akan memulakan program QE pada mesyuarat hari ini. Dua orang pegawai bank pusat euro memaklumkan bahawa ECB telah mencadangkan pembelian aset sebanyak 50 bilion euro  sebulan sehingga Disember 2016. Sementara itu, satu lagi laporan yang diramalkan akan memberikan impak ke atas sesi dagangan hari ini ialah kadar pengangguran Sepanyol. Kami menjangkakan bahawa akan terdapat sedikit penurunan di dalam data pengangguran.

Kesan ke atas USD

Permit bangunan Amerika Syarikat merekodkan penurunan pada bulan Disember. Jabatan perdagangan Amerika Syarikat memberikan kenyataan bahawa permit bangunan menurun kepada 1032000 pada bulan Disember 2014 berbanding 1052000 pada bulan November 2014. Data yang lain, unit kediaman mula dibina, meningkat 4.4% pada bulan Disember. Perumahan bermula meningkat kepada 728,000, mencapai tahap tertinggi sejak Mac 2008. Pada hari ini, tumpuan para pedagang telah beralih kepada tuntutan pengangguran.

Gambaran Teknikal:

Pasangan mata wang ini telah membuat dasar yang kecil di sekitar tahap 1.1540. Pasangan mata wang ini telag mengukuh diantara tahap 1.1540 dan 1.1650. Pasangan kini sedang menghadapi rintangan yang kuat di antara tahap 1.17 dan 1,1720. Apabila carta harian menutup pada 12ema dan di tahap 1.1720, maka kita boleh menjangkakan penembusan pada tahap 1.1790 dan 1.1870. Menurut pada gambaran urusniaga harian, rintangan didapati wujud di antara tahap 1.1640, 1.1650, dan 1.1690. Manakala rintangan intraweek pula didapati berada pada tahap 1.1870 20Dsma. Sehingga pasangan ini menutup di atas tahap 1.1860 pada carta harian, corak perdagangan akan dirangka di antara tahap 1.1530 dan 1.1860. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.1530.


Sokogan: 1.1590, 1.1530, 1.1460

Rintangan :1.1640, 1.1690, 1.1870

Analisis Teknikal EUR/USD untuk 22 Januari, 2015
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...