
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat dagangan. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan ekoran daripada permintaan untuk mata wang franc berbanding mata wang utama lain. Walau bagaimanapun, sentimen CHF telah terjejas akibat penurunan di dalam indikator sentimen ekonomi kredit Suisse-ZEW Switzerland kepada negatif 10.8 pada bulan Januari berbanding penurunan 4.9 pada bulan Disember. Kemerosotan bagi pasangan USD/CHF ini juga telah dihadkan oleh sentimen dolar yang positif dan kadar faedah negatidf Swiss serta ancaman campur tangan dalam penjualan SNB CHF.
Ulasan Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, walau bagaimanapun stokastik kini adalah neutral.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8545. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8445. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8700. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8780 dan sasaran kedua pada 0.8840.
Tahap Rintangan:
0.8780
0.8840
0.8910
Tahap Sokongan:
0.8545
0.8445
0.84