
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah tahap rendah tiga tahun 0.7394 pada hari Isnin. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh jangkaan bahawa Bank Rizab New Zealand bakal mengekalkan kadar untuk jangka masa yang lebih lama. Kelemahan pasangan mata wang ini juga telah didorong oleh penurunan penjualan NZD sewaktu pasangan AUD/NZD mengukuh dan harga komoditi yang melemah. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan NZD/USD kini sedang diganggu oleh sentimen USD yang lebih lemah dan pengurangan penghindaran risiko.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menurun, meskipun ia kemudianya kaan berada pada tahap terlebih jual; purata pergerakkan lima dan 15 hari kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.74. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.75. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7580 dan sasaran kedua pada tahap 0.7625.
Tahap Rintangan:
0.7580
0.7625
0.7635
Tahap Sokongan:
0.74
0.7325
0.73