Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan USD/JPY untuk 28 Januari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-01-28T02:52:46

Ramalan USD/JPY untuk 28 Januari, 2015

Dolar AS melanjutkan penurunan berbanding dengan kebanyakan mata wang utama selepas laporan ekonomi Amerika Syarikat bercampur-campur. Indeks keyakinan pengguna CB menunjukkan kenaikkan pada bulan Januari kepada 102.9 berbanding 93.1 pada bulan Disember. Jualan rumah baru Amerika Syarikat meningkat kepada 11.6% tahap tertinggi untuk tempoh sepanjang enam tahun. PMI Perkhidmatan A telah meningkat melebih lima tahun. Indeks tersebut mencatatkan 54.0 pada bulan Januari daripada 53.3 pada bulan Disember. Ia telah menyokong mata wang dolar AS. Walau bagaimanapun,  pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat jatuh 3.4% pada bulan Disember berikutan penurunan 2.1% pada bulan November. Pasangan mata wang ini dilihat telah mengukuh di dalam julat dagangan yang kecil di antara tahap 118.85 dan 117.10. Mengikut asas kedudukan, sehingga pasangan mata wang ini mengukuh pada harga 117.00 dan didagangkan di atas 118.85, maka harga berpotensi untuk memberikan satu lagi persembahan cemerlang menuju ke arah tahap 120.00+. Sekiranya pasangan ini berjaya menembusi di bawah 117.00, maka harga berkemungkinan akan melanjutkan penurunna harga sehingga mencecah ke tahap 115.00 dan panik akan tercetus di bawah tahap 115.00. Sewaktu sesi perdagangan semalam, pasangan mata wang ini telah membuat tahap rendah pada 117.32. Pasangan mata wang ini juga dilihat telah menguji kawasan berhampiran pada tahap 117.00 untuk 5 hari. Sokongan urusniaga harian didapati masing-masing terletak pada tahap 118.00 dan 117.70. Hari ini, tumpuan para pedagang telah beralih kepada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan. Faktor utama adalah tarikh akhir bagi menaikkan kadar faedah penanda aras jangka pendek. Menurut pada carta setiap jam, carta lilin setiap jam telah ditutup, pasangan mata wang kini sedang didagangkan di atas purata pergerakakn. Jika pasangan ini menembusi di bawah tahap 117.70, maka aliran penurunan harga akan muncul pada tahap 117.00 dan 115.50 di sebelah bawah.

Ramalan USD/JPY untuk 28 Januari, 2015
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...