Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 28 Januari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-01-28T06:26:42

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 28 Januari, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 28 Januari, 2015

Huraian Fundamental: 
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan risiko yang lebih rendah sebagaimana pasaran kini sedang menanti keputusan dasar kewangan oleh Rizab Persekutuan yang dijadualkan akan dikeluarkan pada jam 1900 GMT, Fed dijangka tidak akan membuat sebarang perubahan di dalam dasar kewangan, walau bagaimanapun peserta pasaran akan berminat untuk mana-mana perubahan dalam perkataan, terutamanya kepada frasa "masa lebih panjang" dan Fed "boleh bersabar." Perdagangan bagi pasangan USD/JPY adalah terjejas ekoran sentimen dolar yang semakin melemah (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 93.96 berbanding 94.97 awal Selasa) dan juga kesan daripada penjualan saham-saham AS (S&P 500 ditutup 1.34% pada 2,029.55 semalam), pelarasan kedudukan sebelum kenyataan FOMC dikeluarkan. Penurunan bacaan yang mengejutkan iaitu 3.4% dalam laporan pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat M-o-M pada bulan Disember (berbanding ramalan + 0.3%) dan 4.3% kenaikan tahun ke tahun dalam laporan indeks harga rumah 20 bandar S&P/Case-Shiller (berbanding ramalan + 4.6%) kenaikan mengatasi indeks keyakinan pengguna Lembaga Persidangan Amerika Syarikat kepada 102.9 pada bulan Januari daripada 92.6 pada bulan Disember (berbanding ramalan 95.1), peningkatan sebanyak 11.6% di dalam penjualan rumah baru Amerika Syarikat kepada 481,000 pada bulan Disember (ramalan + 3.0%) dan PMI Perkhidmatan Flash Amerika Syarikat bagi bulan Januari yang merekodkan bacaan 54.0 (berbanding ramalan 53.8 dan 53.3 pada Disember). Pasangan mata wang USD/JPY ini juga dipengaruhi oleh jualan eksport Jepun dan penurunan jangkaan untuk langkah-langkah tambahan pelonggaran dasar kewangan oleh Bank Jepun selepas Menteri Ekonomi, Akira Amari berkata BOJ tidak dikekang oleh jadual dua tahun untuk mencapai sasaran inflasi 2%; aliran 'safe haven' Yen di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (tolok ketakutan VIX meningkat 10.95% kepada 17.22) setelah laporan pendapatan korporat AS merekodkan bacaan yang mengecewakan, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati sebelum keputusan FOMC dikeluarkan, dan kebimbangan tentang pertarungan potensi antara kerajaan baru Greece dan pemiutang antarabangsa. Tetapi kerugian USD/JPY sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan dasar kewangan yang ultra longgar oleh Bank Jepun.

Ulasan Teknikal: 
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD dalam aliran menurun, bagaimanapun stokastik adalah neutral.

Cadangan Perdagangan:  
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 118.50 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 118.85. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 117.20. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 116.80. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 117.55.

Tahap Rintangan: 
118.50
118.85
119.35
Tahap Sokongan: 
17.20
116.80
116.50

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...