Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 29 Januari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-01-29T13:00:30

Analisis Teknikal Emas untuk 29 Januari, 2015

Analisis Teknikal Emas untuk 29 Januari, 2015

Gambaran Teknikal dan Persediaan Carta:

Emas telah menembusi tahap harga yang lebih rendah melalui tahap $ 1,269.00 sebagaimana yang telah dijangka dan dibincangkan semalam. Emas ini juga telah menembusi garisan aliran sokongan melalui tahap rendah, bermula daripada harga $ 1,170.00 seperti yang dapat diperhatikan di sini. Logam ini dijangka akan mempunyai sokongan pada tahap $ 1,250.00 seperti yang anda lihat pada carta (merah). Sila juga ambil perhatian bahawa tahap $ 1,250.00 adalah merupakan tahap sokongan Fibonacci 0.382 menaik daripada tahap $ 1,170.00 hingga ke tahap $ 1,307.00, masing-masing. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 1,250.00 diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,220.00/25.00 dan lebih rendah, manakala rintangan pula dilihat pada harga $ 1,295.00 (interim) diikuti dengan $ 1,307.00 dan lebih tinggi, masing-masing. Aliran menurun dijangkakan akan kekal aktif untuk seketika, sebelum aliran menaik mendominasi semula pasaran.

Cadangan Perdagangan:

Mula membuka posisi membeli disekitar tahap $1,250.00 dan lebih rendah sehingga ke tahap $1,220.00/25.00, stop loss ditetapkan di bawah $1,200.00, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...