

Gambaran:
Pasangan USD/CAD telah menubuhkan zon pengukuhan sementara di antara tahap harga 1.1560 dan 1.1670. Zon harga ini secara kasar adalah selari dengan tahap Fibonacci MINGGUAN terkemuka 61.8%. Penembusan aliran menaik telah membenarkan harga untuk mencapai tahap tinggi baru di sekitar ahap 1.2560.
Pasaran kelihatan agak terlebih beli sebagaimana kenaikan harga telah menolak harga lebih jauh di atas had atas saluran menaik yang digambarkan. Oleh itu, kebarangkalian tinggi bagi pembalikan penurunan harga yang wujud.
Senario perubahan arah aliran menurun telah ditunjukkan selepas cartalilin harian 'Hanging Man' membatalkan cartalilin harian penyelubungan menaik semalam.
Selain itu, kenaikkan harga bagi pasangan USD/CAD kelihatan masih mempertahankan SOKONGAN INTRA baru-baru ini di sekitar tahap harga 1.2300. Oleh itu, ayunan menaik baru sedang ditubuhkan tanpa ujian semula pada tahap 1.1950.
Zon rintangan paling hampit untuk menemui pasangan USD/CAD terletak di sekitar tahap 1.2800 di mana penubuhan tahap tinggi MINGGUAN terdahulu pada tahun 2009.
Cadangan perdagangan:
Para pedagang disyorkan untuk keluar daripada pasaran sehingga kita memperoh destinasi pasaran berikutnya yang jelas untuk pasangan USD/CAD, walau bagaimanapun cuba untuk membuka posisi MENJUAL pada sejarah tahap tinggi harga.