
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Perak menjunam mengatasi ramalan harga minimum pada tahap $ 17.35 sebagaimana yang telah dibincangkan dan dijangka semalam. Logam ini telah menembusi di bawah tahap $ 17.35, sokongan Fibonacci 0.382, dan menurun ke arah tahap $ 16.60 seperti yang dapat anda perhatikan di sini. Sila ambil perhatian bahawa lantunan harga daripada tahap ini adalah diramalkan kerana ia adalah merupakan Fibonacci 0.618 yang menyokong aliran tersebut diantara tahap $ 15.50 dan $ 18.50, masing-masing. Sokongan serta-merta pula dilihat terletak pada $ 16.50 diikuti dengan $ 16.20, $ 15.50 dan tahap lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat masing-masing terletak pada harga $ 18.20 diikuti oleh $ 18.40/50, $ 18.90 dan tahap lebih tinggi. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli dan juga memerhatikan peluang untuk menambah posisi membeli yang seterusnya pada tahap ini. Aliran menaik perlu terus bersedia untuk kenaikkan harga melalui ayunan tahap tinggi baru pada sesi dagangan yang akan datang.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli, tambah posisi membeli yang seterusnya pada tahap ini, dengan stop loss ditetapkan pada harga $15.50, dan sasaran pada tahap $21.00.
Semoga berjaya!