Euro kehilangan lebih daripada 950 pips pada bulan sebelumnya berbanding dolar AS. Selepas ECB mengumumkan keputusan program pelonggaran kuantitatif yang bernilai 1.2 trilion euro, mata wang euro kehilangan 6.5% berbanding dengan dolar Amerika Syarikat pada bulan lalu. Pada minggu lalu, pasangan ini telah meningkat melebihi 100 pips. Ia adalah merupakan minggu pertama bagi pasangan mata wang ini menutup dengan keuntungan selepas penurunan selama 6 minggu. Hari ini, tumpuan peserta pasaran telah beralih kepada data pengangguran Sepanyol, PMI pembuatan, dan PMI Pembuatan Itali. Pasangan mata wang ini kelihatan masih memihak kepada pesanan menjual pada setiap kenaikan. Rintangan mingguan didapati terletak pada tahap 1.1560. Sehingga harga menutup di atas tahap tersebut, pola perdagangan mingguan akan dibingkaikan di antara tahap 1.1098 dan 1.1560. Sehingga kini, rintangan bulanan dilihat berada pada harga 1.2000 dan 50Dsma. Peluang untuk aliran jangka pendek hanya sekiranya harga menutup di atas tahap ini.
