
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Perak dilihat telah melantun daripada tahap Sokongan Fibonacci $ 16.60/70 dan menolak ke tahap lebih tinggi melalui tahap $ 17.30 seperti yang dapat anda perhatikan di sini. Logam ini telah menghasilkan cartalilin harian aliran bercorak 'Morning Star' bagi menunjukkan semula arah aliran menaik. Juga sila ambil perhatian bahawa lantunan harga dari tahap rintangan terdahulu yang mana ia kini telah bertindak sebagai tahap sokongan seperti yang digambarkan di sekitar harga $ 17.00 dan garisan aliran sokongan dari rantau yang sama. Logam ini boleh menjunam ke tahap yang lebih rendah dan menguji garisan alrian sokongan yang seterusnya sebelum harga meningkat naik, walau bagaimanapun cadangan perdagangan adalah kekal membeli buat masa sekarang dan juga menambah lagi pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah. Sokongan yang paling hampir untuk perak adalah pada tahap $ 16.60 (interim), diikuti masing-masing dengan tahap $ 16.20, $ 15.50 dan lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap $ 18.20/40 (interim), diikuti dengan tahap $ 18.90 dan lebih tinggi, masing-masing.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $15.50, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!