Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP/JPY untuk 04 Februari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-02-04T01:28:12

Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP/JPY untuk 04 Februari, 2015

UK telah mengeluarkan laporan pembinaan yang ternyata menunjukkan bacaan agak kukuh bagi bulan Januari. Indeks PMI Pembinaan meningkat kepada 59.1 daripada 17 bulan rendah, 57.6 pada bulan Disember. Pasangan mata wang ini telah mengukuh untuk minggu ke-4 pada 50Wsma. Minggu ini, pasangan mata wang ini telah menembusni 50Wsma dan mula mengukuh. Selepas 8-minggu, pasangan dilihat semakin mengukuh. Berdasarkan kepada carta mingguan, kita dapat melihat di mana sebenarnya pasangan mata wang ini mencecah 50Wsma, harga telah melantun daripada tahap tersebut dan membuat tahap tinggi baru. Dalam artikel hari ini, kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil posisi membeli di atas tahap 177.70 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 178.20 dan 179.40. Pada sesi awal dagangan Asia, pound telah menembusi tahap tinggi 178.38 berbanding yen, walau bagaimanapun ia telah gagal untuk menembusi tahap tinggi hari sebelumnya. Sekiranya harga menembusi pada tahap 178.38, aliran menaik berpotensi untuk menguji tahap 178.55, 178.90, dan 179.40. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli baru di atas tahap 178.40. Kami juga mengesyorkan kepada para pedagang untuk meletakkan pesanan membeli dengan sl ditetapkan pada 50Wsma atau 175.45 pada asas penutupan mingguan. Merujuk kepada carta mingguan, pasangan mata wang ini dilihat telah menutup di bawah 20Wsma dan membentuk 'double top' kecil di tahap 180.53. Sehingga pasangan berdagang dan menutup di atas tahap 177.10 dan 177.00, penggunaan harga rendah untuk pesanan membeli yang akan menguntungkan pada dagangan 'intraweek'. Sokongan urusniaga harian masing-masing wujud pada tahap 178.00, 177.60, dan 176.90. Harga dilihat telah menembusi aliran menaik daripada corak baji penurunan di dalam carta harian. Hari ini, tumpuan para pedagang telah beralih kepada data PMI Perkhidmatan UK. Kami menjangkakan bahawa harga akan meningkat berbanding bacaan data. Sekiranya laporan mencatatkan bacaan positif, maka kita boleh menjangkakan bahawa harga akan menembusi pada tahap 179.40 dalam satu atau dua hari.


Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP/JPY untuk 04 Februari, 2015

Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP/JPY untuk 04 Februari, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...