Logam kuning dilihat telah membuta 'double top' dan jatuh ke tahap sokongan. Seperti yang telah kami syorkan dalam artikel semalam, tekanan jualan hanya akan muncul di bawah harga $ 1,266.00. Menjelang perayaan Tahun Baru Cina yang bakal disambut pada 19 Februari, kita boleh menjangkakan bahawa pengguna China akan membeli emas. Tumpuan para pedagang telah beralih kepada laporan data pekerjaan bukan perladangan ADP pada hari ini. Emas merosot, sebagaimana kebimbangan terhadap Greece semakin berkurangan. Logam ini mempunyai sokongan yang masing-masing terletak pada harga $ 1,255.00 dan $ 1,249.50. Panik akan dicetuskan di bawah harga $ 1,249.50. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan jualan baru hanya di bawah $ 1,249.50. Harga telah menembusi sokongan yang terletak pada tahap $ 1,255.00, yang mana ia adalah merupakan tahap rendah 12 jam.
Rintangan: $ 1,286.00, $ 1,297.50, $ 1,303.00.
Sokongan: $ 1,255.00, $ 1,249.50, $ 1,239.00.
Pada sesi dagangan Asia, logam kini sedang diniagakan pada harga $ 1,260.00. Sokongan didapati terletak pada tahap $ 1,255.00, sokongan 12-jam. Kita boleh menjangkakan aliran penurunan harga di bawah tahap tersebut. Tahap sokongan yang seterusnya dijangkakan akan terletak pada harga $ 1,251.50.00 dan $ 1,249.50. Sehingga emas didagangkan dan menutup di bawah harga $ 1,286.00, gunakan setiap kenaikkan sebagai peluang untuk mengambil pesanan menjual dengan sasaran diletakkan pada harga $ 1,230.00. Safe traders boleh menjual di bawah harga $ 1,249.50, manakala risky traders pula boleh menjual di bawah 1.255,00
