
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuh dalam julat dagangan yang lebih tinggi sebagaimana pasaran kini sedang menanti laporan gaji bukan perladangan AS. Pasangan mata wang GBP/JPY ini telah disokong oleh sentimen EUR yang bertambah baik sewaktu kebimbangan yang kian berkurangan terhadap Greece, toleransi risiko positif dan permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan GBP/JPY kini sedang diganggu oleh penjualan eksport dan pelarasan kedudukan Jepun menjelang hujung minggu.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaiamna MACD dan stokastik adalah aliran menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 180.55 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 180.60. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 178.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 177.70. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 179.20.
Tahap Rintangan:
180.55
180.90
181.45
Tahap Sokongan:
178.50
177.70
177