
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/JPY diramalkan akan mengukuh dalam julat dagangan yang lebih tinggi sebagaimana pasaran kini sedang menanti data gaji bukan perladangan AS bagi bulan Januari (dijangka telah meningkat sebanyak 237,000) pada jam 13:30 GMT, kadar pengangguran (dijangka telah susut kepada 5.5% berbanding Disember 5.6%) dan purata upah setiap jam (ramalan + 0.3%). Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah disokong oleh dana pembiayaan perdagangan yen sebagaimana sentimen risiko global semakin pulih (Tolok ketakutan VIX susut 8.07% kepada 16.85; S&P 500 ditutup naik 1.03% pada 2,062.52 semalam) pada bacaan kenaikkan yang kukuh dalam harga minyak dan rekod bacaan sedikit lebih rendah daripada yang dijangkakan dalam laporan tuntutan pengangguran Amerika Syarikat iaitu 278,000 bagi minggu yang berakhir pada 31 Januari (berbanding ramalan 290,000). Kebimbangan para pedagang yang telah reda terhadap pertarungan di antara Greece dan pemiutangnya juga telah memberikan kesan yang tertentu. Pasangan mata wang USD/JPY ini telah dirangsang oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi (10 tahun pada 1,817% berbanding 1,747% lewat Rabu) dan permintaan dari pengimport Jepun serta dasar kewangan ultra-longgar oleh Bank Jepun. Walau bagaimanapun, kenaikan pasangan USD/JPY telah terjejas ekoran eksport Jepun dan mata wang dolar yang semakin melemah (Spot ICE Indeks dolar terdahulu mencatatkan 93.59 berbanding 94.57 awal Khamis). Ia telah disebabkan oleh jurang perdagangan AS pada Disember yang mencatatkan bacaan sebanyak $ 46.56 bilion (berbanding ramalan $ 38.5 bilion) dan kejutan penurunan di dalam laporan produktiviti bukan perladangan preliminari Awal Suku Ke-4 AS 1.8% (berbanding ramalan + 0.0%) yang dibayangi dengan kenaikkan di dalam data tuntutan pengangguran dan kenaikan 2.7% dalam laporan kos unit buruh Amerika Syarikat Suku ke-4 (berbanding ramalan + 1.2%).
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, walau bagaimanapun stokastik adalah enutral; purata pergerakkan lima dan 15 hari kini berpihak kepada aliran mendatar.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 117. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 116.55. Titik pangsi kekal berada pada tahap 117.65. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 117.95 dan sasaran kedua pada tahap 118.20.
Tahap Rintangan:
117.95
118.20
118.45
Tahap Sokongan:
117
116.55
116.80