

Huraian:
Menurut kepada analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menurun. Seperti yang telah kami ramalkan, harga dilihat telah menguji tahap 1.5194 pada jumlah di bawah purata. Penarikan semula Fibonacci 61.8% kami pada harga 1.5180 telah diuji; oleh yang demikian, saya menasihatkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati apabila menjual pasangan EUR/NZD pada tahap ini. Walau bagaimanapun, sekiranya harga menembusi pada tahap 1.5180, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat ujian harga di tahap 1.5060. Menurut pada carta 4H, kita dapat melihat kekurangan bekalan di sekitar harga 1.5225, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa pesanan jualan kelihatan berisiko.
Tahap Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan:
R1: 1.5375
R2: 1.5424
R3: 1.5504
Tahap Sokongan:
S1: 1.5215
S2: 1.5166
S3: 1.5086
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila ingin mengambil pesanan menjual pada tahap ini dan perhatikan peluang belian yang berpotensi selepas penarikan semula harga (beli pada urusniaga harga rendah).