Pergerakan pembetulan harga pada pasangan mata wang GBP/USD ini masih membangun, sebagaimaa pasangan kini dilihat sedang cuba untuk melakukan pengukuhan kenaikan harga di atas tahap 1.5247. Kini, kami sedang mengawasi pembentukan corak harga tinggi yang lebih tinggi pasangan GBP/USD di dalam carta harian. Kami menjangkakan bahawa harga akan meningkat sehingga mencecah ke tahap rintangan 1.5491, apabila pasangan ini selesai membangunkan corak harga tersebut.

Julat dagangan yang telah ditubuhkan di antara tahap 1.5249 dan 1.5210 masih lagi belum ditembusi oleh pasangan GBP/USD pada carta 1H, kerana pasangan ini mempunyai sokongan yang kuat pada zon 1.5210. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang ini kemudianya telah ditolak daripada tahap 1.5249. Dengan cara ini, ia kelihatan seolah-olah bahawa aliran kenaikkan harga ini berkemungkinan akan mendominasi pasaran pasangan GBP/USD dalam tinjauan urusniaga harian. Indikator MACD masih berada di wilayah yang positif.

Tahap Rintangan Carta Harian : 1.5247 / 1.5491
Tahap Sokongan Carta Harian : 1.5025 / 1.4841
Tahap Rintangan Carta 1H : 1.5249 / 1.5302
Tahap Sokongan Carta 1H : 1.5210 / 1.5166
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5249, take profit di tahap 1.5302, dan stop loss pada tahap 1.5196.