Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 Februari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-02-11T06:22:36

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 Februari, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 11 Februari, 2015

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan risiko harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen positif dolar dan kadar faedah negatif Swiss serta ancaman campur tangan SNB di dalam penjualan CHF. Walau bagaimanapun, sentimen mata wang CHF ini telah dirangsang oleh bacaan yang lebih rendah berbanding ramalan iaitu 0.5% penurunan pada tahunan di dalam laporan CPU Switzerland bagi bulan Januari (berbanding ramalan -0.7% pada tahunan). Keuntungan pasangan mata wang USD/CHF ini juga diganggu oleh permintaan untuk mata wang franc sewaktu pasangan CAD/CHF melemah.


Ulasan Teknikal: 

Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menaik, meskipun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih beli.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9310 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9365. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9160. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9115. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9205.

Tahap Rintangan:
0.9310
0.9365
0.9435

Tahap Sokongan:
0.9160
0.9075
0.8985

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...