EUR/USD: Para pedagang dinasihatkan agar lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran ini sehingga pergerakan harga yang jelas kelihatan. Terdapat garisan sokongan pada tahap 1.1300 dan garisan rintangan pada tahap 1.1450. Terdapat dua kebarangkalian sama ada garisan sokongan akan menembusi ke arah bawah atau garisan rintangan menembusi ke arah atas. Senario kedua adalah lebih berpotensi dan hasil daripada itu, garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.1500 berkemungkinan akan dicapai pada akhirnya.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini telah didagangkan dalam aliran menaik untuk jangka pendek. Pergerakan menaik menjadi perlahan dan mantap manakala harga kelihatan masih tidak menentu kesan daripada cabaran penurunan harga yang kerap. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan ditarik semula dengan tinggi atau sedikit, yang mana ia berkemungkinan akan berlaku pada minggu ini atau minggu hadapan.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini dilihat mengukuh dan cara terbaik untuk mendekatinya adalah dengan mengambil pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah. Harga kini sedang didagangkan di atas wilayah pengumpulan di bawah tahap 1.5350 dan wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.5400. Sebagaimana diramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan meneruskan aliran menaik menurut pada unjuran menaik baru-baru ini, harga kemudianya berkemungkinan akan berdagang di atas wilayah pengedaran pada tahap 1.5400, pergi ke arah wilayah pengedaran seterusnya di tahap 1.5450.

USD/JPY: Di sekitar tahap bekalan 120.50, instrumen perdagangan mata wang ini dilihat telah menjunam jatuh sebanyak 200 pips, berdagang di bawah tahap bekalan 118.50. Ini telah menyebabkan perdagangan membeli menjadi tidak sah dan sentuhan tahap permintaan pada tahap 118.00 akan menyebabkan Corak Pengesahan Penurunan Harga.

EUR/JPY: Penurunan harga bagi mata wang EUR baru-baru ini dan pengukuhan mata wang JPY telah membolehkan pasangan mata wang ini berdagang di bawah zon bekalan 135.00. Pasaran kini berada di dalam keadaan melemah.
