
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh selepas mencecah tahap tinggi 3-minggu 0.7528 pada hari Isnin. Pada hari Selasa, jam 12:00 GMT laporan Perdagangan Tenusu Global NZ dijadualkan akan dikeluarkan. Pasangan mata wang NZD/USD ini telah disokong oleh laporan jualan runcit New Zealand Suku Ke-4 yang mencatatkan bacaam lebih kukuh berbanding ramalan dan permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD dan pasangan EUR/NZD melemah. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah dihadkan oleh penjualan mata wang dolar NZ pada pasangan JPY/NZD di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko pelabur.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, walau bagaimanapun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih beli. Purata pergerakan 5 hari kini berada di atas purata pergerakkan 15 hari dan kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7590 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7625. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7440. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.74. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7470.
Tahp Rintangan:
0.7590
0.7625
0.7685
Tahap Sokongan:
0.7440
0.74
0.7345