Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Emas untuk 18 Februari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-02-18T01:06:59

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Emas untuk 18 Februari, 2015


Emas terus mengalami kerugian pada sesi perdagangan semalam. Emas dilihat telah menembusi di bawah harga $ 1,216.00, yang mana ia telah mencetuskan jualan panik daripada pandangan teknikal. China bakal menyambut Tahun Baru China. Menjelang cuti umum ini, pembelian fizikal juga sederhana. Kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual pada harga $ 1,229.00 dengan sasaran ditetapkan masing-masing pada harga $ 1,207.00, $ 1,204.00, dan $ 1,199.00. Harga telah mencatatkan bacaan rendah pada $ 1,203.40. Sekiranya harga menembusi di bawah tahap $ 1,200.00, maka emas berpotensi untuk melanjutkan aliran penurunan harga ke arah tahap $ 1,195.00 dan mungkin juga ke tahap $ 1,185.00. Penutupan harian di bawah $ 1,185.00 akan membawa kepada penembusan harga pada tahap $ 1,170.00, $ 1,167.00, dan $ 1,150.00. Kami mengesyorkan kepada para pedagang pesanan menjual baru di bawah $ 1,199.00 manakala yang lain akan bertindak sebagai sasaran. Tahap fib mingguan 61.8 ditetapkan pada $ 1,198.75 dan fib 80.0 diletakkan pada harga $ 1,1667.00.


Berdasarkan kepada carta 4H, harga kelihatan telah menutup dan didagangkan di atas purata pergerakkan setiap jam. Harga ini melanjutkan ayunan lebih rendah pada carta setiap jam. Rintangan Intra-minggu wujud di tahap $ 1,227.00. Manakala rintangan urusniaga harian pula wujud pada harga $ 1,222.00.

Rintangan: $1,212.00, $1,217.00, $1,227.00.

Sokongan: $1,199.00, $1190.00, $1,185.00.

Ambil pesanan menjual di bawah tahap $1,198.00.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Emas untuk 18 Februari, 2015
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...