Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan serta Cadangan Perdagangan EUR/USD dan GBP/USD untuk 18 Februari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-02-18T03:19:53

Ramalan serta Cadangan Perdagangan EUR/USD dan GBP/USD untuk 18 Februari, 2015

EUR/USD

Sepanjang tempoh lima hari, rundingan yang berlangsung di antara Greece dan Eurogroup menemui kegagalan buat kali kedua. ECB telah bersetuju untuk membiayai sebanyak 60 bilion euro pada 5 Februari Hari ini, mereka akan melakukan penilaian semula. Presiden Eurogroup, Dijsselbloem berkata sehingga Jumaat, Greece terpaksa meminta lanjutan, jika tidak bailout itu akan tamat pada akhir bulan ini. Sekirnaya Greece keluar dari zon euro,maka mata wang tunggal Eropah akan dirombak.



Dolar AS jatuh berbanding euro selepas data pembuatan mencatatkan bacaan yang lemah. 'Business conditions index' susut dua mata kepada 7.8. Manakala Indeks pesanan baru turun lima mata kepada 1.2.


Pandangan teknikal. Pasangan mata wang ini mempunyai rintangan mingguan yang terletak pada tahap 1.1535. Corak perdagangan dibingkaikan di antara tahap 1.1535 dan 1.11. Sewaktu sesi perdagangan semalam, pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi tahap ayunan harga tinggi sebelum ini, walau bagaimanapun ia gagal untuk menutup di atasnya. Merujuk kepada carta 4H, kita boleh memerhatikan pola songsang yang kecil. Harga menghadapi rintangan kuat berhampiran pada 'neckline'. Aliran keseluruhan harga masih memihak kepada penurunan harga. Perkembangan terbaru di Greece telah menyokong euro dan penurunan dolar AS telah disokong oleh pasangan. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli baru di atas tahap 1.1460 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.1500 dan 1.1530. Kita boleh menjangkakan momentum yang kuat hanya akan berlaku di atas 1.1535. Hari ini, kami menjangkakan akan terdapat volatiliti yang tinggi dalam pasaran.


Rintangan: 1.1460, 1.1500, 1.1535.

Sokongan: 1.1390, 1.1365, 1.1320.

kami mencadangkan kepada para pedagang agar menjual dengan menetapkan SL pada tahap 1.1455.

Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.1460.

Ramalan serta Cadangan Perdagangan EUR/USD dan GBP/USD untuk 18 Februari, 2015

GBP/USD

Paun sterling. Indeks Harga Pengguna turun kepada 0.3% pada bulan Januari 2015, turun daripada 0.5% pada bulan Disember, 2014. Kejatuhan harga bagi bahan api bermotor dan makanan merupakan penyumbang utama kepada penurunan harga di dalam kadar inflasi. Harga minyak tenggelam ke tahap rendah 6 tahun.


Hari ini, perhatikan para peniaga kini tertumpu kepada laporan dasar kewangan BoE. Bagi AS pula, laporan PPI dan Permit bangunan IHPR AS dijadualkan akan dikeluarkan.


Pandangan teknikal. Pound diniagakan lebih rendah berbanding dolar AS. Dalam urusniaga harian, pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi di bawah 50Dsma, walau bagaimanapun, ia kemudianya berjaya menutup di atas tahap tersebut. Pasangan berjaya menembusi 50Dsma sebanyak dua kali. Pada carta setiap jam, harga telah berdagang dan ditutup di bawah purata pergerakkan setiap jam. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual hanya di bawah tahap 1.5300. Harga telah membuat asas sokongan kecil di antara tahap 1.5210 dan 1.5195. Jika harga berjaya menembusi dan menutup di bawah tahap 1.5195, maka pasangan mata wang ini berpotensi untuk melanjutkan pembetulan harga ke arah tahap 1.5140, 1.5080, dan 1.4990. Sehingga kini, kami yakin dalam tempoh dagangan terdekat. Gambaran ini adalah tidak sah, jika harga menutup di bawah tahap 1.5190.


Rintangan: 1.5369, 1.5402, 1.5440. 

Sokongan: 1.5340, 1.5300, 1.5210.

kami mencadangkan kepada para pedagang agar menjual di bawah tahap 1.5300 dengan menetapkan sasaran masing-masing pada tahap 1.5250 dan 1.5210.

Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.5400 dengan menetapkan sasaran masing-masing pada tahap 1.5440, 1.5470, 1.5540, dan 1.5600.

Ramalan serta Cadangan Perdagangan EUR/USD dan GBP/USD untuk 18 Februari, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...