Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat masih meneruskan dagangan ke tahap lebih rendah, walau bagaimanapun pasangan masih berada dalam aliran menaik pada carta harian, sebagaimana harga dilihat sedang cuba untuk menembusi 200 SMA pada carta masa ini. Perlu diingatkan kepada para pedagang bahawa zon rintangan yang paling hampir terletak pada tahap 1.5491. Penembusan harga pada zon harga ini akan memasimumkan kenaikan harga pada pasangan GBP/USD, sekurang-kurangnya dalam prospek jangka sederhana.

Semasa sesi dagangan yang lalu, pasangan mata wang GBP/USD ini menjunam sehingga harga mencecah pada 200 SMA di dalam carta 1H, di mana pasangan ini telah menemui sokongan dinamik. Ia berpotensi sebagai peluang belian yang baik bagi pasangan, sebagaimana rintangan jangka pendek didapati terletak pada tahap 1.5413. Jika pasangan GBP/USD berjaya menembusi tahap rintangan tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat hingga ke tahap 1.5455.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5491 / 1.5761
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5247 / 1.5025
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5457 / 1.5508
Tahap Sokongan Carta 1H:1.5413 / 1.5378
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5413, take profit di tahap 1.5455, dan stop loss pada tahap 1.5370.