Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 24 Februari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-02-24T09:24:41

Analisis Teknikal Emas untuk 24 Februari, 2015

Harga emas masih didagangkan dalam aliran menurun dan ia kini sedang menghampiri sokongan jangka panjang utama yang terletak pada tahap $ 1,180. Penolakan mingguan pada tahap $ 1,300 telah menyebabkan penurunan harga mendominasi arah aliran sekaligus meningkatkan peluang untuk melihat penembusan harga emas pada tahap terendah baru di bawah harga $ 1,130 selagi ia masih berdagang di bawah $ 1,300.

Analisis Teknikal Emas untuk 24 Februari, 2015



Harga emas kelihatan masih berdagang di bawah Ichimoku Cloud pada carta 4 jam dan juga di bawah indikator Ichimoku Tenkan dan Kijun-sen. Rintangan jangka pendek didapati berada pada harga $ 1,209, manakala sokongan jangka pendek pula dilihat terletak pada $ 1,188. Aliran harga ini adalah menurun dan saya lebih gemar untuk mengambil pesanan menjual setiap kali harga melantun selagi emas berdagang di bawah rintangan cloud.


Analisis Teknikal Emas untuk 24 Februari, 2015

Garisan merah = sokongan


Carta mingguan telah menyatakan 2 isyarat melemah dan harga kini dilihat semakin menghampiri garisan aliran sokongan penting pada harga $ 1,180. Aliran penurunan harga yang kuat dan saya menjangkakan bahawa garisan aliran ini bakal ditembusi. Sekiranya garisan arah aliran ini tidak ditembusi, maka kita akan dapat melihat satu lantunan harga ke arah Kijun sen (garisan kuning) ke arah harga $ 1,220. Berdasarkan pada carta mingguan, carta ini menunjukkan aliran penurunan harga dan saya menjangkakan bahawa harga akan membuat paras terendah baru.

.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...