Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Mata Wang USD Terhadap JPY & CAD untuk 25 Februari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-02-25T02:58:55

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Mata Wang USD Terhadap JPY & CAD untuk 25 Februari, 2015

USD/JPY

Yellen mencadangkan bahawa kenaikan kadar pertama tidak mungkin berlaku sebelum separuh kedua tahun ini. Dolar AS diniagakan lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan mata wang utama. Pasangan mata wang ini bergerak lebih tinggi pada tahap 119.86, tetapi ia kemudianya telah memadamkan sebahagian besar keuntungan yang diperolehi sebelum itu. Hari ini, sewaktu sesi awal dagangan Asia, pasangan mata wang ini telah memulakan dagangan pada tahap rendah. Indeks keyakinan pengguna Amerika Syarikat bagibulan Februari telah merekodkan penurunan selepas meningkat pada bulan Januari. Indeks kini berjumlah 96.4, susut berbanding 103.8 pada bulan Januari. Menurut Lynn Franco, Pengarah Indikator Ekonomi di Lembaga Persidangan: "Setelah mencatatkan kenaikkan yang besar pada bulan Januari, keyakinan pengguna telah menurun pada bulan Februari, waalu bagaimanapun ia masih kekal pada tahap pra-kemelesetan (September 2007, Indeks, 99.5)."



Harga telah mengukuh dalam julat dagangan di antara tahap 115.50 dan 120.80 selama 10 minggu. Pasangan mata wang ini didapati mempunyai rintangan mingguan yang terletak pada tahap 120.80. Harga telah menembusi garisan aliran lima hari dan juag ayunan tahap rendah sebelumnya. Pasangan ini mempunyai sokongan urusniaga harian yang terletak di antara tahap 118.50 dan 118.30. Sehingga pasangan mengukuh dan menutup di atas 118.20, maka kami mencadangkan prospek kenaikkan harga. Kami menasihatkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual hanya di bawah tahap 118.20 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 118.00 dan 117.60. Rintangan urusniaga harian berada pada tahap 119.05. Kami mengesyorkan pesanan membeli di atas tahap 119.10 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 119.50, 120.00, dan 120.50. Satu lagi kenaikan harga di atas tahap 120.50. Sehingga pasangan menutup di atas tahap 118.20, perdagangan membeli masih sah.


Ambil pesanan membeli di atas tahap 119.10

Ambil pesanan menjual di bawah tahap 118.20

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Mata Wang USD Terhadap JPY & CAD untuk 25 Februari, 2015

USD/CAD

Mata wang Kanada meningkat 0.70% berbanding dengan dolar AS pada sesi semalam. Selepas keterangan dikeluarkan oleh Janet Yellen dan Stephen Poloz, pasangan mata wang ini telah jatuh dengan mendadak. Pesanan menjual diperintahkan pada sesi dagangan hari semalam. Harga melonjak naik daripada segitiga menurun, walau bagaimanapun ia terbukti sebagai penembusan harga palsu. Ulasan Gabenor BOC Poloz telah menyokong CAD, menamatkan penuruann harga untuk tempoh empat hari berturut-turut. Gabenor membincangkan evolusi dasar bank pusat dan keperluan untuk menggalakkan kedua-dua nilai mata wang negara dan kestabilan kewangan. Kejatuhan mendadak harga minyak mendorong kepada kejatuhan maatw ang Kanada. Gabenor berkata, "kita perlu mengambil kira pelbagai jenis kesan-kesan ekonomi dan kewangan sementara mensasarkan inflasi rendah."

Gambaran Teknikal

Pada sesi dagangan awal Asia, CAD didagangkan lebih tinggi berbanding dolar AS. Rintangan intra mingguan dilihat berada pada tahap 1.2700. Aliran menaik berpotensi untuk mencabar tahap 1.2970, sekiranya harga ditutup di atas tahap 1.2700. Sokongan intraweek ditetapkan pada harga 1.2350. Jika harga menembusi di bawah tahap 1.2420, maka aliran penurunan harga berpotensi untuk menguji tahap 1.2380 dan 1.2350. Rintangan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 1.2500 dan 1.2550. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli baru di atas tahap 1.2500 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.2540, 1.2560, dan 1.2580. Manakala sokongan urusniaga harian pula didapati terletak pada tahap 1.2450 dan 1.2420. Jika harga mencapai sehingga ke tahap 1.2450, ambil pesanan membeli dengan menetapkan sl di tahap 1.2420 dengan sasaran masing-masing berada pada tahap 1.2500 dan 1.2530.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Mata Wang USD Terhadap JPY & CAD untuk 25 Februari, 2015
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...