Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/USD untuk 25 Februari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-02-25T10:45:16

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 25 Februari, 2015

Analisis Teknikal GBP/USD untuk 25 Februari, 2015

Huraian:

  • Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa yang terdahulu, harga bagi pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat masih berdagang di antara tahap 1.5466 dan 1.5606. Oleh itu, adalah lebih baik untuk para pedagang lebih berhati-hati di kawasan julat harga ini sekitar tahap 1.5466 (tahap anjakan Fibonacci 61.8%). Oleh itu, langkah pertama yang perlu diambil oleh para pedagang adalah untuk menunggu sehingga julat pasaran berdagang mendatar sebelum membuat keputusan untuk berurusan. Kemudian, pasaran mungkin akan mula menunjukkan tanda-tanda pasaran kenaikkan harga yang seterusnya dengan harga yang sama pada 1.5466. Dalam erti kata lain, ia akan menjadi satu petanda yang baik kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas sokongan yang ditetapkan pada harga 1.5466 dengan sasaran pertama berada pada tahap 1.5551 dan harga akan bergerak naik ke arah rintangan pertama pada tahap 1.5606. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini gagal untuk menembusi tahap rintangan ini, pasaran berkemungkinan akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah 1.5606 (perlu ditegaskan bahawa tahap anjakan Fibonacci 78.6% terletak pada 1.5606 di dalam carta 4H), oleh yang demikian tahap ini akan bertindak sebagai rintangan yang kuat. Oleh yang demikian, ia akan menjadi satu petanda yang baik untuk menjual dalam dagangan jangka pendek di bawah tahap 1.5606 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.5495 dan ia akan memanggil aliran menurun untuk meneruskan pergerakkan menuju ke arah tahap 1.5460.

Pemerhatian:

  • Sokongan kuat akan ditetapkan pada tahap 1.5466.
  • Rintangan  telah ditetapkan pada tahap 1.5606.
  • Kami meramalkan julat dagangan baru sekurang-kurangnya 273 pips minggu lalu.
  • Sila semak volatiliti sebelum melabur kerana harga berkemungkinan telah ditembusi sekaligus membatalkan senario ini.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...