Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Februari, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-02-27T10:21:12

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Februari, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Februari, 2015

Tinjauan Fundamental:
Pasangan mata wang USD/JPY dijangkakan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Anggaran KDNK kedua Amerika Syarikat bagi Suku Ke-4 yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat pada jam 13:30 GMT menjadi tumpuan para pedagang (ramalan + 2.0%). Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini disokong oleh sentimen dolar yang positif (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 95.28 berbanding 94.19 awal Khamis), kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi (10 tahun pada 2.038% berbanding 1.969% lewat Rabu), kenaikkan 2.8% dalam laporan pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat untuk bulan Januari (berbanding ramalan +0.6%) dan peningkatan dalam laporan teras CPI AS bagi bulan Januari sebanyak 0.2% pada bulan (berbanding ramalan + 0.1%) yang di dorong oleh kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan lebih awal pada bulan Jun.

 Pasangan USD/JPY juga disokong oleh permintaan daripada pengimport Jepun, dasar kewangan Bank Jepun yang ultra longgar dan berita bahawa Perkhidmatan Awam Personel Bantuan Persatuan Mutual Kebangsaan Persekutuan Jepun yang akan meningkatkan pendedahannya saham dalam negeri kepada 25% daripada 8%. Walau bagaimanapun, sentimen USD terjejas ekoran daripada jumlah bacaan yang melebihi ramalan 313,000 dalam laporan tuntutan pengangguran AS pada minggu berakhir 21 Feb (berbanding ramalan 290,000). Keuntungan bgai pasangan mata wang USD/JPY juga diganggu oleh eksport Jepun, penjualan yen di tengah-tengah selera risiko pelabur berkurangan (tolok ketakutan VIX meningkat 0.51% kepada 13.91, S&P 500 ditutup 0.15% lebih rendah pada 2,110.74 semalam) pada pembaharuan penjualan dalam harga minyak dan oleh pelarasan kedudukan menjelang hujung minggu.

Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana Stokastik kini dalam aliran menurun. walau bagaimanapun MACD dalama liran menaik, manakala purata pergerakkan lima hari berliku mendatar.

Cadangan Perdagangan: 
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 119.50 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 119.95. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 118.50. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 118.25. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 119.

Tahap Rintangan:
119.65
119.95
120.35

Tahap Sokongan:
118.50
118.25
117.95

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...