Rumusan Teknikal:
Perkiraan dominan kami menyatakan bahawa penurunan akhir dalam gelombang (v) kini sedang berlangsung. Penembusan harga di bawah tahap sokongan kecil 133.39 akan menyokong perkiraan ini dan akan memanggil aliran penurunan harga menuju ke arah sasaran yang sempurna berhampiran pada tahap 125.98. Pada ketika ini, hanya penembusan harga di atas tahap rintangan 134.60 dan yang lebih penting lagi adalah penembusan harga di atas rintangan pada 135.63 yang berpotensi untuk membatalkan perkiraan aliran menurun untuk pembetulan harga yang lebih kompleks pada gelombang (iv).
Cadangan Perdagangan:
Kami telah menjual EUR daripada tahap 133.90 dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di tahap 135.70. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan menjual EUR, maka adalah disyorkan kepada anda untuk mengambil pesanan menjual EUR sebaik sahaja harga menembusi di bawah tahap 133.51 dengan kedudukan Stop Loss diletakkan pada tahap 134.65.