Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 06 Mac, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-03-06T03:07:04

Analisis Teknikal Emas untuk 06 Mac, 2015

Selepas pelancaran QE oleh ECB, emas telah menjunam di bawah tahap harga $, 1200.00 dan ditutup di bawah tahap tersebut. Sebelum ini, kami telah menegaskan perubahan arah aliran harga. Logam ini jatuh di bawah tahap $ 1,200.00 sebanyak tiga kali dan berjaya menutup di atasnya. Ia merupakan satu petanda yang baik untuk pemulihan harga. Emas dilihat telah membuat tahap tinggi pada harga $ 1,222.00 dari tahap rendah pada $ 1,190.00. Pandangan ini telah dipadamkan. Minggu ini, emas telah menutup sebanyak dua kali di bawah $ 1,200.00. Jelas sekali, tidak ada harapan untuk penarikan semula harga berlaku. Hari ini, menjelang keputusan laporan pekerjaan penting, harga telah 'disenyapkan' semasa sesi dagangan Asia. Bacaan yang positif akan mempengaruhi keputusan Rizab Persekutuan tentang kenaikan kadar faedah. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual baru di bawah tahap $ 1,195.00. Harga telah berdagang di sekitar tahap $ 1,200.00 untuk tempoh 10 hari. Sehingga harga menutup di bawah $ 1,214.00, aliran penurunan harga mempunyai kelebihan. Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap $ 1,195.00 dan rintangan pula dilihat masing-masing berada pada tahap $ 1,204.50 dan $ 1,209.00. Rintangan mingguan telah ditetapkan di antara $ 1,223.00 dan $ 1,228.00. Bahagian bawah jangka masa terdekat diletakkan di tahap $ 1,190.00. Penutupan harian di bawah harga $ 1,185.00 akan mendorong kepada penembusan harga pada tahap $ 1,179.00, $ 1,170.00, $ 1,167.00, dan $ 1,150.00. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual baru di bawah tahap $ 1,195.00 dengan sasaran ditetapkan pada $ 1,190 dan $ 1,185.00. Dalam kes ini, sekiranya harga menutup di bawah tahap 1.190,00, maka kita boleh menjangkakan tahap 1.167,00 dan 1159 dalam tempoh masa terdekat.

Sokongan: $1,195.00, $1,190.00, $1,185.00.

Dagangan: ambil pesanan menjual baru di bawah tahap $1,195.00.

Analisis Teknikal Emas untuk 06 Mac, 2015
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...