Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP berbanding USD & YEN pada 10 Mac, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-03-10T02:32:25

Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP berbanding USD & YEN pada 10 Mac, 2015

Analisis mata wang GBP berbanding USD & YEN

Kami kekal membeli pada mata wang GBP berbanding yen, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk lebih berhati-hati berbanding mata wang USD.

GBP/USD


Isnin dijadual merupakan hari yang tenang untuk UK. Hari ini, perhatian para pedagang akan tertumpu kepada ucapan Carney. Mata wang GBP memadamkan separuh daripada kerugian pada sesi dagangan semalam. Menjelang ucapan Carney kabel, mata wang ini telah didagangkan dalam kecenderungan negatif pada sesi dagangan Asia. Kami yakin bahawa mata wang pound British akan berdagang dalam aliran menaik berbanding mata wang utama yang lain, bagaimanapun kita masih perlu untuk berhati-hati dengan mata wang dolar AS. UK kini semakin menghampiri pilihan raya umum yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Mei. Peserta pasaran menjangkakan bahawa mata wang pound akan berada di bawah tekanan aliran menurun. Di Amerika Syarikat pula, data pembukaan pekerjaan JOLTS dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini. Corak perdagangan dibingkaikan di antara tahap 1.5140 dan 1.5030. Hari ini pada sesi dagangan Asia, mata wang Pound gagal untuk mengatasi sesi dagangan semalam. Tahap sokongan kelihatan seolah-olah terletak di antara tahap 1.5080 dan 1.5030. Pasangan mata wang ini mempunyai sokongan yang selari di antara tahap 1.4990 dan 1.4950. Manakala sokongan bulanan pula didapati terletak pada tahap 1.4810. Dalam kes ini, harga dilihat sedang menutup di bawah tahap 1.4950, kita boleh menjangkakan penembusan harga pada tahap 1.4800 bagi perdagangan jangka masa sederhana dan pada tahap 1.4350 dalam jangka masa panjang. Pasangan mata wang EUR/GBP ini juga mempengaruhi mata wang pound. Zon euro adalah rakan dagangan utama di UK. Kami mengesyorkan jualan urusniaga harian baru di bawah tahap 1.5080 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.5030, 1.4990, dan 1.4960. Panik akan dicetuskan di bawah tahap 1.4950 ke arah tahap 1.4560 pada mulanya. Sehingga harga menutup di bawah 1.5250, gambaran penurunan harga jangka masa terdekat kekal sah. Sehingga harga menutup di bawah 1.5300, gambaran penurunan harga antara bulan masih dalam permainan. Pada sesi dagangan semalam, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan belian urusniaga harian di atas tahap 1.5080 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.5120 dan 1.5170, pasangan mata wang ini telah merekodkan tahap tinggi pada tahap 1.5137. Momentum yang kukuh akan bermula hanya di atas 1.5170.


Rintangan: 1.5070, 1.5175, 1.5200.

Sokongan: 1.5030, 1.4990, 1.4950.

Perdagangan: ambil pesanan menjual di bawah tahap 1.5080.

Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.5140.

Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP berbanding USD & YEN pada 10 Mac, 2015

GBP/JPY

Selepas laporan mengenai KDNK Jepun dikeluarkan, pasangan mata wang ini telah bergerak lebih tinggi pada sesi dagangan semalam. KDNK Jepun suku keempat meningkat kurang daripada yang dijangkakan. Ekonomi berkembang 0.4% pada suku ke-4. Pada sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini berjaya berdagang di atas 20Wsma dan menutup berhampiran pada tahap 20Dsma. Faktor-faktor ini membuktikan pandangan yang positif  dalam masa yang terdekat ini. Sokongan mingguan dilihat terletak di antara tahap 181.47 dan 181.20 atau 50Dsma. Pada hari ini pada sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini telah gagal untuk menembusi tahap tinggi semalam. Rintangan selari kelihatan seolah-olah terletak pada tahap 183.70. Sokongan urusniaga harian didapati terletak di antara 183.15 dan 182.85. Pada setiap bulan, sehingga harga menutup di atas tahap 181.20, perdagangan panjang kekal dalam permainan. Kami yakin bahawa pound British akan meningkat berbanding mata wang utama yang lain, bagaimanapun para pedagang masih disarankan untuk kekal berhati-hati dengan mata wang dolar AS. Pada sesi dagangan semalam, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli dengan menetapkan sl pada tahap 181.20 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 182.20 dan 182.50. Pasangan mata wang ini telah menembusi tahap tinggi pada 183.58. Kita boleh menjangkakan momentum urusniaga harian yang kuat di atas tahap 183.60. Belian selamat akan dicetuskan di atas tahap 183.70 dengan sasaran ditetapkan pada tahap 184.00 dan 184.25. Selain itu, anda disyorkan untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 181.20 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 181.10 dan 180.50. Perdagangan beralih ke tahap 181.50 dan 184.00 daripada tahap 185.00 dan 183.50. Panik akan dicetuskan di bawah 181.50 ke tahap 181.00 dan  tahap ganjil 180.00.


Kami menasihati kepada para pedagang agar mengerakkan kedudukan stop loss mereka hingga ke tahap 182.80 daripada tahap 181.20. Ayunan menaik baru di atas tahap 184.20. Sekiranya harga menutup di atas tahap 184.20, maka harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan ke arah tahap 185.00 dan 186.85.

Perdagangan: ambil pesanan membeli dengan SL kekal ditetapkan pada tahap 181.20.

Perdagangan Urusniaga Harian: ambil pesanan membeli di atas tahap 183.60, pembelian selamat di atas tahap 183.70.

Analisis teknikal dan cadangan perdagangan GBP berbanding USD & YEN pada 10 Mac, 2015
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...