Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Berbanding CAD,YEN untuk 16 Mac, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-03-16T03:06:39

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Berbanding CAD,YEN untuk 16 Mac, 2015

Analisis Mata wang USD Terhadap CAD & JPY

Mesyuarat FOMC adalah acara ekonomi yang paling mendapat tumpuan pada minggu ini. Financial world Forex, Gold dan pasaran ekuiti bersiap sedia untuk hari ini. Saya akan meminta para pedagang untuk menutup pasangan mereka yang berkaitan dengan USD sebelum laporan FOMC dikeluarkan. Bergerak diluar jangkaan. Indeks USDX bergerak sejajar dengan jangkaan kenaikan kadar. Jika kita tidak mendengar tentang kenaikan kadar, maka ini menandakan bahawa akan berlaku pembetulan harga untuk Indeks USDX dan pasangan yang berkaitan USD. Perhatian para peserta pasaran kini tertumpu kepada laporan yang bakal dikeluarkan. Beberapa ahli ekonomi menjangkakan bahawa Rizab Persekutuan berpotensi untuk membuatkan para pedagang hilang kesabaran. Kenaikan USD mempunyai kesan negatif ke atas ekonomi Amerika Syarikat. Kami beranggapan bahawa Rizab Persekutuan mungkin akan menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25% pada bulan Jun atau September. Hari ini, perhatian para pedagang dijadualkan tertumpu kepada laporan pengeluaran perindustrian dan indeks pasaran perumahan NAHB. Kami menjangkakan akan terdapat kenaikkan dalam laporan pengeluaran perindustrian dengan memaksimumkan penggunaan kapasiti.

USD/CAD

Pasangan mata wang ini telah menembusi tahap tinggi sebelumnya pada tahap 1.2798 bagaimanapun ia gagal untuk menutup di atas tahap tersebut. Hari ini, di awal sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini dilihat gagal untuk menembusi tahap 1.2824. Ini bukanlah satu petanda yang baik. Aliran menaik akan kekal mendominasi pasaran sekiranya harga menutup di atas tahap 1.2800 dalam carta harian. Aliran menaik dan penurunan harga kini sedang menunggu Rabu. Sokongan Urusniaga berkemungkinan terletak pada tahap 1.2760 dan 1.2730. Manakala sokongan Mingguan pula dilihat masing-masing terletak pada tahap 1.2680 dan 1.2620. Rintangan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 1.2800 dan rintangan mingguan pula dijumpai terletak pada tahap 1.3000. Aliran menaik perlu menutup di atas tahap 1.2800 secepat mungkin. kenaikkan harga berpotensi untuk mencabar 1.3000 dan 1.3250 sekiranya harga menutup di atas tahap 1.2800. Kami menasihatkan kepada para pedagang agar lebih berhati-hati apabila harga menghampiri ke tahap ganjil 1.3000, kerana ia adalah merupakan tahap rintangan beberapa bulan.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Berbanding CAD,YEN untuk 16 Mac, 2015

USD/JPY

Dasar monetari BOJ dijadualkan akan diumumkan pada hari Selasa. Harga minyak terus kekal di bawah tekanan. Pada sesi dagangan Asia, yen diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS menjelang pengumuman data ekonomi. Harga ini mengukuh pada tahap tinggi 8-tahun. Sokongan urusniaga harian pula didapati masing-masing terletak pada tahap 121.20 dan 121.00. Kami masih memilih untuk mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah. Kini, kami sedang menyemak semula sasaran pada tahap 124, 125.00, dan 125.75. Harga ini telah membuat corak harga rendah yang lebih tinggi dan corak harga tinggi lebih tinggi pada carta 4H. Sokongan telah meningkat daripada 119.80-121.00. Ia adalah merupakan satu petanda yang baik untuk kenaikan harga yang seterusnya. Jika harga menutup di atas 121.85 pada carta mingguan, kita boleh melihat tahap 128.00 juga. Ia merupakan satu bahagian bergerak sehingga ke ketinggian baru. Satu lagi kenaikan harga di atas tahap 122.0 dengan sasaran pada tahap 123.00 dan 123.20 dalam satu atau dua hari lagi. Kemudian, 124.00 dan 125.00 adalah dijangkakan. Sehingga cartalilin 4H menutup di atas tahap 120.80, perdagangan membeli masih dalam permainan. Gambaran keseluruhan memihak kepada pesanan membeli ketika urusniaga harga rendah.

Tahap utama harga yang perlu diperhatikan - Harus menutup di atas tahap 121.85

Perdagangan: kami kekal membeli.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Berbanding CAD,YEN untuk 16 Mac, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...