Huraian Umum untuk 19/03/2015 CET
Ramalan gelombang terakhir pada kitaran pembetulan aliran menaik telah berlaku. Ia dilabelkan sebagai gelombang (c) biru. Struktur keseluruhan pembetulan harga pula telah dilabelkan sebagai gelombang W coklat. Pada masa ini, pasangan mata wang ini kelihatan seperti sedang membentuk gelombang X coklat pada kitaran pembetulan harga aliran menaik yang lebih kompleks. Saluran putus-putus hitam akan memberikan sokongan pada tahap 129.14. Sebaliknya, urusniaga harian dan rintangan teknikal yang terletak pada tahap 131.66 dan 131.86 harus membuat lonjakan kenaikkan harga yang baik sekurang-kurangnya untuk tempoh pembangunan gelombang X coklat.
Sokongan/Rintangan:
133.33 - WR2
132.45 - 61%Fib
131.84 - Rintangan Teknikal
131.66 - Rintangan Urusniaga Harian
131.39 - 50%
129.90 - WR1
129.14 - Sokongan Urusniaga Harian
128.41 - Pangsi Mingguan
Cadangan Perdagangan:
Pesanan membeli yang telah disarankan pada hari semalam harus ditutup untuk keuntungan pada masa sekarang. Tahniah kepada yang berjaya!
Pada hari ini, ia akan menjadi agak relevan kepada daytraders memerhatikan tahap 129.14 untuk mana-mana penembusan harga yang berpotensi sama ada untuk aliran menurun atau lantunan harga. Para pedagang diingatkan bahawa "wang mudah" pada pasangan ini telah pun dibuat dan kini, keadaan dagangan mungkin akan menjadi tidak menentu dan penuh dengan whipsaws sebagaimana gelombang X coklat kini sedang membangun.
