Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 24 Mac, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-03-24T09:00:15

Analisis Teknikal Emas untuk 24 Mac, 2015

Harga emas masih di dagangkan dalam saluran condong menaik dan membuat corak harga yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi dalam dagangan jangka masa pendek. Aliran jangka pendek adalah positif kerana harga telah menembusi kedua-dua garisan aliran rintangan daripada tahap harga $ 1,260 dan Ichimoku Cloud. Kami dapat melihat satu lagi lantunan harga Emas ke arah $ 1,210-20 sebelum bergerak ke arah bawah seterusnya.

Analisis Teknikal Emas untuk 24 Mac, 2015

Garisan Merah = saluran ayunan condong

Garisan Hijau = sokongan

Garisan Hitam = garisan aliran rintangan (telah ditembusi)

Harga emas mempunyai sokongan jangka pendek yang masing-masing terletak pada tahap $ 1,184 dan $ 1,179. Sekiranya harga ditembusi, kita dapat melihat penarikan semula harga ke arah $ 1,160. Rintangan didapati berada pada tahap $ 1,200- $ 1,210. Ujian semula harga ke arah Ichimoku cloud adalah berkemungkinan besar jika harga menembusi di bawah $ 1,179. Aliran jangka pendek adalah menaik.

Analisis Teknikal Emas untuk 24 Mac, 2015

Garisan biru = pembelian kritikal - sokongan jangka panjang $1,130

Harga emas di dalam carta mingguan, seperti yang ditunjukkan di atas, harga kelihatan sedang cuba untuk menembusi indikator Kijun-sen dan Tenkan-sen yang begitu hampir dengan persimpangan aliran menurun setrusnya. Aliran harga jangka panjang kekal menurun. Harga emas telah melantun dan sasaran lantunan harga masih berkemungkinan pada indikator Kijun sen $ 1,215. Saya percaya bahawa harga emas mungkin akan bergerak ke arah kawasan harga tersebut sebelum melanjutkan pergerakkan ke tahap yang lebih rendah.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...