EUR/USD: Tinjauan dagangan bagi pasangan ini adalah aliran menaik dan walaupun terdapat penarikan semula harga yang cetek, kami meramalkan bahawa harga berkemungkinan akan mengukuh pada bila-bila masa tidak lama lagi (tidak akan berlaku di bawah garisan sokongan 1.0900 dan 1.0850). Garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.1000 berpotensi untuk diuji; ia juga mungkin diembusi untuk aliran harga ke tahap lebih tinggi.

USD/CHF: Sejak 12 Mac 2015, pasangan USD /CHF telah didagangkan dalam aliran menurun lebih daripada 500 pips, menyebabkan Corak Pengesahan Penurunan harga jelas kelihatan di dalam carta 4- jam. Tahap sokongan yang masing-masing terletak pada tahap 0.9500 dan 0.9450 adalah sasaran seterusnya untuk aliran penurunan harga. Melainkan jika mata wang USD memperoleh momentum, maka harga berkemungkinan akan menembusi tahap sokongan untuk bergerak ke tahap yang lebih rendah.

GBP/USD: Tidak seperti pasangan mata wang yang lain, pasangan EUR/USD telah mengalami beberapa kesukaran untuk bergerak ke arah atas. Malah, perdagangan membeli tidak lagi disyorkan bagi pasangan ini, melainkan jika wilayah pengedaran yang terletak di sekitar tahap 1.5000 dan 1.5050 ini berjaya ditembusi. Sementara itu, harga berkemungkinan besar akan menguji wilayah pengumpulan pada tahap 1.4800 dan 1.4750.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menurun, walaupun ramalan kenaikkan harga masih terdapat pada instrumen perdagangan mata wang ini. Bagi kecenderungan aliran menaik, harga perlu untuk menembusi di atas EMA 56 dan tempoh RSI 14 juga perlu menembusi di atas tahap 50. Jika tidak, para pedagang perlu keluar dari kedudukan membeli.

EUR/JPY: Harga pada pasangan mata wang ini kelihatan tidak membuat sebarang pergerakan menaik yang ketara pada hari semalam. Pasaran kini sedang berada dalam zon keseimbangan jangka pendek, walau bagaimanapun dijangkakan bahawa akan terdapat penembusan kenaikkan harga tidak lama lagi. Tahap bekalan yang terletak pada 131.50 dan 132.00 kini sedang diperhatikan.
